KES MEMORANDUM PGSM
& DR. ASRI
DR. ASRI TIDAK BERIKTIKAD DENGAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Kenyataan di atas dilihat banyak kebenarannya kerana Dr. Asri selalu menyampaikan perkara yang dinilai bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah antaranya: -
1- MENDAKWA ALLAH DUDUK DAN BERAADA DI ATAS ‘ARASY.
( Dr. Asri dalam ceramahnya kerap membawa fahaman yang amat mirip kepada ajaran Tashbih/Tajsim (menyamakan Allah dengan makhluk). Ini terbukti apabila Dr. Asri mendakwa "Allah itu bersifat duduk di atas 'Arasy dan berada di atas 'Arasy".
(Rujuk ceramahnya berkisar ayat Istawa).
Dakwaan Dr. Asri itu merupakan akidah yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Hadith fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah sebenar kerana Allah dan RasulNya tidak pernah sama-sekali menyatakan Tuhan bersifat duduk di atas 'Arasy. Yang ada adalah perkataan istawa bila disandarkan kepada Allah tidak bermakna jalasa iaitu duduk. Hanya dalam kitab agama selain Islam sahaja mendakwa Tuhan duduk di atas 'Arasy. Akidah Ahli Sunnah adalah Allah tidak memerlukan kepada tempat mahupun 'Arasy ).
2- MEMBAWA NAS HADITH MUTASYABIHAAT SECARA ZAHIR TENTANG SIFAT ALLAH.
Dalam ceramah Dr. Asri di Taman Sri Ukay pada 20.Julai 2008 Dr. Asri memgunakan hadith Mutasyabihat dan dilihat ia diterangkan secara zahirnay sehingga dilihat membawa kepada Tashbih. Antaranya Dr. Asri mengatakan :
1- Nabi Muhammad melihat/dapati Allah meletakkan tapak tangan Allah di antara kedua bahu nabi. Pada minit ke 7 rakamannya.
2- Nabi Muhammad merasai kesejukan jari jemari Allah pada dada Nabi. Pada minit ke 8.
3- DR. ASRI TIDAK MENGIKTIRAF AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH : ASY-SYAFI’E, HANAFI, MALIKI DAN HANBALI
Perkara di atas adalah dilihat ada kebenarannya berdasarkan teks kenyataan dan ucapan Dr.. Asri antaranya dilihat menghina pengajian akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana iaitu pengajian tauhid sifat 20.
Dr. Asri juga dilihat selalu mengunakan fahaman yang mirip kepada Wahhabi pabila menyatakan perihal akidah dalam kes mengisbatkan semua yang disandarkan kepada Allah secara fahaman yang zahir.
Dan Dr. Asri dilihat menghina pengajian Akidah/Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah apabila mendakwa pengajian tersebut sebagaiFalsafah Bukan Islam/Falsafah Greek. Katanya tentang pengajian Ilmu Aqidah islam (Allah ada, Allah tidak berjisim,...): “ Ianya falsafah Greek ”. (Rujuk Majalah I. Bil 37/Nov 05. Pada tajuk: Apabila Golongan Agama Menyebabkan Agama Menjadi Lemah. Dan Artikelnya dalam Utusan pada 05/08/2007 pada tajuk : Mudahkan). Kenyataan sedemikian adalah dilihat menghina akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sekaligus tidak mengiktiraf ilmu Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
4- DR. ASRI MENCERCA ULAMA ISLAM ANTARANYA IMAM AL-GHAZALI DAN IMAM NAWAWI
Perkara di atas bermaksud wujudnya kenyataan-kenyataan Dr. Asri yang dilihat terdapat ketidak seiringan dengan para ulama dan menjatuhkan kredibiliti ilmuan ulama. Demikian yang dimaksudkan dari perkataan ‘mencerca ulama’. Tidak semestinya seseorang itu mesti sampai ketahap memaki hamun ulama dengan perkataan kesat barulah dibolehkan kita mengatakan dia ‘mencerca ulama’. Apapun yang dimaksudkan Dr. Asri ‘mencerca ulama’ adalah kritikan pedasnya dan kenyataannya yang dilihat seolah menghina para ilmuan dan ulama.
1- Dr. Asri mengatakan Imam Ghazali adalah seorang yang lemah ilmu hadith.
(Rujuk ceramahnya berjudul Tarekat Sesat di AlMuhammadiyah 9. Ogos).
2- Dr. Asri Asri menghukum ulama dan golongan sufi sebagai sesat juga dengan mengunakan fakta palsu dan bohong yang direkanya sendiri. (Rujuk laman webnya Dakwaan Liwat). Ini adalah mirip kepada fahaman Wahhabi yang menyuruh umat Islam membunuh golongan dan ulama sufi dahulu sebelum memusuhi Yahudi.
Dr. Asri turut mereka-reka fakta bohong kononnya ulama sufi Ibnu Arabi bertemu dengan Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dan saling menghukum sesat antara satu sama lain secara mubahalah maka sufi itu sesatlah disisi Dr. Asri. Hakikatnya Imam Ibnu Hajar lahir selepas lebih 100 tahun tarikh kematian Ibnu Arabi. Maka bilakah pula mereka berdua bertemu lantas saling menyesatkan satu sama lain secara mubahalah?!.
3- Didapati Dr. Asi memberi kenyataan di dalamnya terdapat unsur jelas penghinaan kepada Imam Abu Hasan Al-Asy'ary dengan mengaitkan akidah beliau (Imam) serupa dengan ahli falsafah dan ilmu kalam. (Rujuk tulisanya berjudul Imam Syafi'e Antara Tanggapan&Fakta).
Dr. Asri yang sering menghina dan mencerca ilmu kalam mengaitkan pula Imam tersohor Abu Hasan Al-Asy'ary dengan erti lain kononnya berakidah ilmu kalam dan falsafah. Mengaitkan penghinaan ilmu kalam dengan Imam Abu Hasan Al-Asy'ary adalah satu cercaan yang boleh ditujukan kepada seluruh ulama dan umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.
5. DR. ASRI MENOLAK HADITH AL-BUKHARI
Yang dimaksudkan dari kenyataan di atas adalah didapati Dr. Asri pernah mendakwa dalam kes murtad ia tidak dibunuh. Sedangkan dalam sohih al-Bukhari dan lain-lain menyatakan Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang mengubah agamanya (murtad) maka bunuhlah dia”. Kenyataan Dr. Asri yang mengatakan orang murtad tidak dibunuh terdapat dalam caramahnya di Youtube tetapi telah pun dipadamkan sekarang. Tetapi teksnya pernah tertulis.
Kata Dr. Asri :
"Di dalam sejarah Islam, DIDALAM HADIS TIDAK MENUNJUKKAN NABI BERTINDAK MEMBUNUH MEREKA (orang murtad). Ini MUNGKIN boleh dibuat suatu penilaian bahawasanya orang murtad ini adakah mesti dihukum mati ataupun menghukum mati orang yang murtad ialah tindakan pemerintah dengan PILIHANNYA iaitu takzir. Takzir ini : pemerintah samaada nak jatuhkan (bunuh si murtad) pun boleh, TAK NAK JATUHKAN PUN BOLEH. Maka ada dalam Islam aliran yang menganggap bahawasanya pahaman seperti Ibrahim An-Nakhai'e menganggap bahasawanya orang murtad selagi dia tidak menggungat kestabilan masyarakat Islam, tak mengisytiharkan murtadnya DIA TIDAK DIHUKUM MATI BAHKAN DIBIARKAN. Kerana Nabi pernah membiarkan (tidak bunuh) orang-orang yang menghina baginda PATUTNYA DIJATUHKAN HUKUMAN MATI....".
6. DR. ASRI MENGHINA SOLAT HAJAT
Perkara ini adalah dilihat apabila Dr. Asri mengatakan solat hajat tidak dilakukan secara berjamaah sedangkan di Malaysia terdapat amalan tersebut. Dan sudah pasti kaedah yang dipegang oleh Dr. Asri bahawa jika satu amalan/ibadah itu tidak dilakukan dizaman Rasulullah maka ia adalah bid’ah yang sesat. Maka secara mafhumnya Dr. Asri menghina solat hajat iaitu solat hajat berjemaah atas dasar ia bid’ah yang sesat.
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "